17 February 2010

LATAR BELAKANG RAKAN MUDA







L A T A R B E L A K A N G



Program Rakan Muda telah dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1994. Program ini telah diiktiraf sebagai sebuah program pembangunan sosial dengan tumpuan untuk melahirkan generasi pewaris yang sempurna, bertanggungjawab, aktif, berkeyakinan dan berupaya mengawal diri serta menghapuskan amalan-amalan negatif seperti melepak dan sebagainya.
Pendekatan pelaksanaan Program Rakan Muda adalah berdasarkan kepada sembilan Gaya Hidup yang digubal bagi memenuhi citarasa golongan muda. Sembilan Gaya Hidup tersebut ialah Rakan Rekreasi, Rakan Wajadiri, Rakan Sukan, Rakan Kecergasan, Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Masyarakat, Rakan Cinta Alam dan Rakan Seni Budaya.




Sejak Rakan Muda dilancarkan sehingga tahun 2006, seramai 5.35 juta remaja telah menyertai Program Rakan Muda melalui 267,489 aktiviti. Program ini telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada remaja kerana ia berkonsepkan “Dari Remaja Untuk Remaja”. Berdasarkan sambutan yang menggalakkan, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 9 Mei 2007 telah bersetuju untuk meneruskan program ini di bawah Program Rakan Muda dengan pendekatan baru bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa di mana golongan remaja lebih terdedah kepada cabaran globalisasi dan arus pembangunan negara yang pesat.

0 kata semangat:

  ©Template by Dicas Blogger.