17 August 2009

ANNUAL GRAND MEETING (AGM)

hye MyEm0.Com

salam rakan semua ;)

1st of all, saya selaku admin update di sini mohon ampun dan maaf kepada semua
kerana lambat update blog ini.

Baiklah straight to the point, untuk pengetahuan anda semua terutama pelajar uitm segamat ni la kan, pada 18 Ogos 2009 bersamaan rabu malam khamis yang lepas, Annual Grand Meeting RAKAN MUDA telah berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah...terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama penasihat RAKAN MUDA kami, kak shikin kerana sudi merasmikan AGM RAKAN MUDA kali ke-4 pada malam tersebut.

Majlis bermula lebih kurang pada pukul 9 malam..bertempat di LT 2..dan sepatutnya, majlis kami dihadiri oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan..namun di saat akhir, mereka memaklumkan kesulitan mereka untuk hadir. Diakui, kami berasa sedikit terkilan dan kecewa, kerana ini merupakan acara yang dinanti para pelajar setiap semester.

Berkenaan kehadiran pula, alhamdulillah memuaskan walaupun kurang kuantiti pelajar yang hadir berbanding semester lepas.
Mungkin faktor cuaca mempengaruhi pelajar untuk hadir, kerana pada malam tersebut hujan turun tanpa disangka. oh ye, kebanyakan pelajar yang menghadirkan diri untuk menjadi ahli dan bersama sama kami pada malam tersebut ialah dari kalangan pelajar part 1...
mereka sgt teruja dan bersungguh. Akhirnya dengan kuantiti yang kurang itu namun dengan kualiti dan kerjasama yang diberikan, AGM menjadi meriah juga.
Dari sekeping hati ikhlas, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar yang hadir memberi sokongan kepada kami.
Jasa anda amat kami hargai..dan jangan lupa untuk terlibat dengan aktiviti kami pada semester ini ok para pelajar uitm segamat sekalian..


n_n


Ha mana boleh ditinggalkan aksi candid para pelajar yang hadir malam AGM itu..
Nah anda lihatlah betapa terujanya mereka dan semua pihak yang terlibat menjayakan AGM kali ini..


Pelajar yang baru hadir, mendaftar nama di meja pendaftaran



Di kanan ini, para exco sabar & bersungguh melayan karenah pelajar. congrats kamu!


dari kiri : Samir (pembaca doa), din ( MC), dan akhir sekali tu sape ye..ha itulah YDP RAKAN MUDA semester ini..tidak lain tidak bukan Muhammad Izzat.



tekun sungguh mereka kan..;)


orang kuat dari kiri : NYDP marelfira, penasihat kami kak shikin dan YDP izzat la siapa lagi.



Samir khusyuk membaca doa. oh ya, tangannya gigil juga huhu ;)
pengalaman pertama..memang macam ini kan.



ucapan dari YDP kami..oh dia sangat teruja sehingga tersasul sasul ;)
walau apa pun, he did good job.



NYDP..marelfira yang sentiasa bersemangat! yeyeh..she did well too.



ha kamu di luar sana, contohi adik yang memakai mask itu.
bahaya H1N1 tidak mengira mangsa
cegah lebih baik dari merawat

n_n



SPECIAL THANKS TO KAK SHIKIN..our advisor..;)


ha macam mana? ok la kan..
oh gambar saya tiada..tidak mengapa
kerja belakang tabir saja, hehe.
kepada semua exco RAKAN MUDA, penasihat kami dan semua yang terlibat..
termasuklah kamu yang hadir pada malam itu..
seikhlas hati diucapkan TERIMA KASIH.
terima kasih juga kepada partner saya AZWAN, kerana bertungkus lumus
dan bersungguh menyiapkan montaj pada malam itu..;)
kesimpulannya, semua yang berusaha...kamu telah melakukan yang terbaik!!
MAAF sekiranya majlis berjalan tidak selancar atau tidak seperti yang anda mahukan
kami akan perbaiki lagi di masa depan insyaALLAH..

sekian TERIMA KASIH

ASSALAMUALAIKUM

n_n

*maaf jika entry ini kurang memuaskan anda..huhu.
gambar juga kurang kualiti kan.
saya cuba buat yang terbaik...jika ada sebarang cadangan dan komen,
silalah kemukan kan..jangan malu jangan segan



0 kata semangat:

  ©Template by Dicas Blogger.