19 February 2010

Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan (MPKP)

assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
pe khabar kawan-kawan? semua..harap dalam keadaan sihat selalu ye.
kalau rasa nak demam, cepat-cepat pergi klinik..
minta ubat yg bersesuaian..jangan overdose pula..hehe


selaku admin di blog rakan muda UiTM Segamat ni, 
saya minta ampun la banyak2 kat kawan-kawan dan 
semua pihak yg terlibat kerana agak lambat[memang lambat pon]
memberi info2 terkini pada anda..
bukan apa taw kawan-kawan..buat pengetahuan anda semua..
blog ini sedang dalam penambahbaikan..
[betulkan ejaan saya tu??kalau salah,tolong betul kan ek huhu]
soal hendak memilih template baru,setting itu ini[poyo]
haha...makan masa jugalah kann...

masa di kolej, saya sibuk banyak sikit dengan hal semasa yang perlu dibereskan..
aiceh..bunyi macam la kita ni pelajar cemerlang..
bukan la...cuma saya selaku admin disini menghadapi sedikit 
kekangan masa yg tidak dapat dielakkan...
hope u guys maafkan la eyy hehe..tahu korang semua baik..
anda semua cemerlang lahh!
banyaknya admin membebel berucap..meh kita teruskan misi kita.
[tinggalkan admin ni sorang2] haha

seterusnya kita pergi pula kepada aktiviti kami pada awal semester lalu..
haa..para pelajar UiTM Segamat tentu tahu..
setiap semester kita akan terlibat dalam 
Malam Pengenalan Kelab dan Persatuan(MPKP)..kan kan?
elehh ye kan la..memang tarak tipuu maa.hee.
Kali ni Kelab Rakan Muda turut tidak ketinggalan menyertainya..
MPKP ni adalah sebuah malam penganugerahan..
ehh bukan laa haha..
ingat kita berada di Genting ke..
konon2 ada Anugerah Bintang Popular..
tp kat kampus kita ada MPKP taw..jgn buat2 xtaw pulaa..nk kena sekeh nii.HAISH...

Apa itu MPKP??
haa..MPKP ni adalah satu malam dimana para pelajar baru khususnya, 
dan seluruh warga kampus secara amnya diperkenalkan 
dengan semua kelab yang telah berdaftar 
dengan pihak berwajib Universiti pada semester ini...
pada malam tersebut, berkumpul lah pelbagai jenis kelab dan persatuan..
ish ish...meriah la gak...RUGI sesiapa yg tak hadir malam tu..
ehh hampir terlupa saya..
MPKP telah berjaya diadakan di Dewan Sri Temenggung(DST)
dan majlis telah bermula lebih kurang pada pukul 9.00 malam.
Kehadiran pelajar part 1 sgt lah memuaskan hati kami..hehe..
pada mulanya bimbang juga....yelah..semua tahu kot, 
pelajar baru part 1 semester ini tidak lebih dari 400 orang...
ehh bilangan ini hanya untuk diploma okk...
tidak termasuk jumlah pelajar baru ijazah dan sebagainya..

oppss..terlebih sudaa....apa kata kita layan gambar2 semasa kejadian :


wah3, exco kami.. sakan  ye posing
[hukhuk kene diri sendiri]





Aksi dramatik dari Performing Arts Club bertajuk :
Puteri Gunung Ledang (PGL)



 
Aicehh...macam ku kenal mereka..tapi d mana yaa
ok tipu...diorang ni exco kelab GPMS




ehh PEACE yoo! 3 dara pingitannn! wakaka..



 
 YDP kalau amek gambar SELALU kepala nk senget.
haihh..T_T saya pon xpaham.style die tuu..hehe
[jgn mare beb]
apepon mereka bertiga sweett je


orait...sudah sudah..
saya xda banyak bahan bukti nak tunjuk korang semua...
SORRY k..nanti saya akan minta pada sahabat 
saya yang ada gambar2 ketika MPKP.
walaupun gambar kurang..tp saya nak juga cerita pasal pelajar baru ni..
mereka teruja la kot dengan kelab kami..
sampai saya terpaksa koyakkan kertas baru 
tuk mereka tulis nama dan no id semua tu..
pehh! panass...hehe...tapi meja kelab dan persatuan lain pon 
xkurang hebatnya..
TAHNIAH anda semua yg terlibat pada malam tersebut!
khusus kpd barisan penganjur iaitu Majlis Perwakilan Pelajar 
yg turut memastikan semua
berjalan lancar dan teratur.
haa nak sambung,saya time tu bertugas di bahagian 
pendaftaran bersama sahabat saya...
sebab kitorg kot, ramai pelajar baru mendftar..hahaha ok saya gurau..
memang kecoh la meja kitorg...dengan aksi 
jeritan pekikan exco-exco lain[konon tarik pelajar!]
saya yang sedia di meja melayan kerenah pelajar2 pon teruja nak menjerit
...err...da jerit pon sebenarnya,
tu yang malam tu..kitorg semua xde suara yg merdu lagi..hukhuk
[sediakan air asam jawa ye ydp!]

oh ye..saudara Izzat a.k.a YDP kitorg...
kebetulan la pulak..dia demam malam tu.
haiyaa..kami manyak lisau maa...mula2, 
dia sorang yg akan naik pentas..explain pasal kelab kitorg ni..
tp  melihat keadaan dia masa itu, maka saudari Marelfira a.k.a NYDP...
pon temankan si Izat ni naik.
maka...bercelotehlah mereka berdua..huu..
sungguh bersemangat walaupon mereka berdua baru saja 
pulang dari kem jatidiri sehari sebelum majlis ini...

oppss terlebih sudaa...baiklah kawan2 sayangku semua..

khususnya kpd semua ahli KELAB RAKAN MUDA UiTM SEGAMAT,
rajin kan lah diri anda mengikuti segala program dan aktiviti kami pada semester ini ok..
diharap anda berpuas hati dgan layanan kami. jika ada sebarang cadangan dan persoalan..
ajukan terus kepada kami...
dah letak gambar exco2 di side bar tu kan..kalau jumpa je mereka...
pe lagi...ambush je..hahahah.
kalau malu..tanya sahaja di ruangan SHOUTMIX di sidebar itu..
malu malu cat pulaa..hehe

k tata

BELIA BENCI DADAH!



Read more...

18 February 2010

FALSAFAH



1)PELAKSANAAN DARI FOKUS INDIVIDU KEPADA FOKUS KOMUNITI 
   (COMMUNITY YOUTH DEVELOPMENT)

2)PENGLIBATAN SECARA TOTAL GOLONGAN BELIA DAN KOMUNITI SETEMPAT.

3)TERAS GERAKAN INI MELIBATKAN ELEMEN PERANCANGAN, PELAKSANAAN DAN 
   PENILAIAN YANG DILAKUKAN OLEH PENGAMAL GAYA HIDUP.
  4)TUMPUAN UTMA PELAKSANAAN PROGRAM ADALAH KE ARAH MANJANA 
     KEUPAYAAN PENGAMAL GAYA HIDUP DENGAN MELENGKAPKAN MEREKA DENGAN
     PELBAGAI PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP

Read more...

17 February 2010

PROGRAM RAKAN MUDA : 7 gaya hidup





P R I  N S I P   P E N D E K A T A N   R A K A N   M U D A  
Rakan Muda mengekalkan 7 Gaya Hidup daripada 9 Gaya Hidup dengan diberi nafas baru berdasarkan Falsafah yang dinyatakan di atas.   7 Gaya Hidup tersebut adalah:- 


RAKAN WAJADIRI





Jatidiri, Bertanggungjawab, Berdisiplin dan Berpendirian teguh adalah elemen utama bagi membebaskan diri dan minda daripada pengaruh negatif dan ianya pasti akan menjamin keperibadian mulia generasi muda. Melalui aktiviti yang memberikan remaja peluang, kesedaran dan pembangunan kemahiran mempertahankan diri dapat memupuk sifat yakin remaja dan bersemangat dalam mengharungi cabaran hidup


 RAKAN  MASYARAKAT [Jiran Muda)





Dalam menangani masalah sosial, program ini dapat membantu masyarakat berbilang kaum mencari dan mengatasi masalah yang sedia ada dan akan datang melalui pemantapan intergrasi kaum diantara golongan muda dan masyarakat. Program yang berbentuk kemasyrakatan dan pergaulan yang ceria dan sihat disemua peringkat akan mewujudkan. 


 RAKAN CINTA ALAM




Khazanah alam yang dipenuhi Flora, Fauna, Haiwan, Sejarah dan berbagai lagi keindahan yang tidak ternilai akan lebih terpelihara keunikannya. Melalui program dan aktiviti penerokaan serta pendedahan mengenai kepentingan penjagaan alam dapat mewujudkan individu yang lebih sihat dan berilmu serta menghargai setiap perkara disekeliling mereka.


Read more...

VISI DAN MISI





VISI
Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara serta mempunyai kualiti peribadi yang tinggi dan berdaya saing.

Read more...

LATAR BELAKANG RAKAN MUDA







L A T A R B E L A K A N G



Program Rakan Muda telah dilancarkan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 29 Oktober 1994. Program ini telah diiktiraf sebagai sebuah program pembangunan sosial dengan tumpuan untuk melahirkan generasi pewaris yang sempurna, bertanggungjawab, aktif, berkeyakinan dan berupaya mengawal diri serta menghapuskan amalan-amalan negatif seperti melepak dan sebagainya.
Pendekatan pelaksanaan Program Rakan Muda adalah berdasarkan kepada sembilan Gaya Hidup yang digubal bagi memenuhi citarasa golongan muda. Sembilan Gaya Hidup tersebut ialah Rakan Rekreasi, Rakan Wajadiri, Rakan Sukan, Rakan Kecergasan, Rakan Wirausaha dan Wiramahir, Rakan Masyarakat, Rakan Cinta Alam dan Rakan Seni Budaya.

Read more...

PENGENALAN RAKAN MUDA

 

Program Rakan Muda merupakan program yang dilaksanakan berasaskan tranformasi falsafah pelaksanaan dari fokus individu kepada fokus komuniti.  Falsafah pelaksanaan adalah selaras dengan pendekatan Pembangunan Belia Komuniti. (Community Youth Development ).



Penekanan pendekatan Pembangunan Belia Komuniti adalah penglibatan secara total golongan belia dan komuniti setempat. Golongan remaja akan digerakkan secara bersama dengan komuniti setempat dalam melaksanakan pelbagai aktiviti meliputi kegiatan ekonomi, sosial, budaya yang dilaksanakan melalui Gaya Hidup Rakan Muda. Penglibatan ini akan meningkatkan peranan remaja dalam masyarakat dan membawa impak pembangunan menyeluruh komuniti tersebut. Secara tidak langsung transformasi ini  akan membawa golongan remaja  dalam arus pembangunan negara.


Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.