26 August 2009

ramadhan datang lagi..selamat beramal~







salam RAMADHAN al MUBARAK..

alhamdulillah bertemu lagi kita dengan bulan yang penuh keberkatan ini.
masih panjang umur kita kerana ALLAH
masih memberi peluang untuk kita menikmati dan menghayati ramadhan kali ini.
namun, ada yang masih tidak mahu bersyukur akan nikmat yang telah diberi
insyaALLAH dalam ramadhan yang mulia ini..
sama-samalah kita saling mendoakan yang terbaik sesama kita.
mana salah silap, haruslah ditegur dengan penuh hikmah dan adab.
mana tahu terbuka hati mereka untuk membuka diari baru
yang lebih baik di dalam ramadhan kali ini.
baiklah, di sini saya telah menyediakan hadith Rasulullah
tentang fadhilat di bulan ramadhan.
semoga kita dapat sama-sama menghayati dan mengamalkannya.
INSYAALLAH....




Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


"Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud: "Bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang diberkati Allah. Bulan yang mengandungi Lailatulqadar, yang lebih baik daripada seribu bulan.

Bulan yang diwajibkan Allah ke atas hamba-Nya supaya berpuasa supaya bangun di malam hari untuk melakukan ibadah sunat. Sesiapa yang mengerjakan ibadah sunat dalam bulan ini, maka pahalanya sama dengan mereka yang mengerjakan fardhu di bulan lain."

"Agama Islam itu terbina dengan lima asas iaitu, membuat pengakuan bahawa tiada Tuhan yang lain, melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu persuruh-Nya, mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan haji di Baitullah."
"Semua amal kebajikan anak Adam itu untuk mereka sendiri kecuali puasa, kerana puasa itu dilaksanakan untuk Aku semata-mata dan Aku akan membalasnya. Sebenarnya puasa itu sebagai perisai.

Apabila seseorang itu berpuasa maka janganlah ia bercakap kotor dan sekiranya ia dimaki maka hendaklah ia berkata: aku berpuasa, aku puasa sebanyak dua kali. Demi Allah sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi.

Orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan ketika bertemu dengan Allah (di akhirat)."

"Apabila tiba bulan pertama Ramadhan, syaitan dan jin yang jahat dibelenggu dan tertutup semua pintu neraka dan terbuka semua pintu syurga dan pada setiap malam ada seruan: Wahai orang-orang yang ingin baik, majulah; wahai orang yang ingin jahat, hentikanlah dan Allah memendekkan beberapa banyak daripada api neraka dan yang demikian itu pada setiap malam."

"Setiap manusia akan mendapat kebaikan selama mereka itu menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur."

"Ramadhan bulan yang diwajibkan Allah puasa-Nya dan aku mencontohkan kepada kamu agar bangun sembahyang malam; maka siapa yang berpuasa dan bersembahyang malam, benar-benar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah akan keluar daripada dosa-dosanya bagaikan keadaan ketika dilahirkan daripada perut ibu."

"Orang yang zikir (ingat) kepada Allah pada Ramadhan akan diampunkan baginya dan orang yang meminta daripada Allah di dalamnya (Ramadhan) tidak akan kecewa."



Ramadhan juga dikaitkan dengan bulan kesabaran kerana orang-orang yang berpuasa bukan
sahaja dituntut meninggalkan makan dan minum tetapi juga menghindari daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa termasuk menjauhi hubungan kelamin sesama suami isteri pada siang hari. Kerana itu, sifat-sifat sabar sahaja yang menjamin kesempurnaan orang-orang Islam menunaikan puasa sebulan Ramadhan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

selamat beramal..
oh anda jangan membazir ketika membeli makanan di bazar okei..
walaupun gerai yang jual di bazar ramadhan kali ini seperti kurang meriah berbanding dulu,
tapi makanan tetap abes kerana pelajar yg semakin meningkat di uitm kita.
jangan xdapat makan sudah la ye..hehe.
makan megi hari-hari pon tidak elok taw.

sekali lagi, saya ucapkan selamat berpuasa
dan menjalani ibadah puasa dengan ikhlas serta tingkatkan amal kita
selagi umur masih bernyawa tuk dipertemukan dengan bulan ini...
bukan mudah tuk berjumpa bulan yang sangat ditunggu seluruh umat Islam ini.
setahun hanya sekali..maka
gunakan sebaik mungkin masa anda..
selalu ke masjid bertarawih baik juga...hehe.
tapi dengan hati yang ikhlas la kan.

ASSALAMUALAIKUM~


Read more...

17 August 2009

ANNUAL GRAND MEETING (AGM)

hye MyEm0.Com

salam rakan semua ;)

1st of all, saya selaku admin update di sini mohon ampun dan maaf kepada semua
kerana lambat update blog ini.

Baiklah straight to the point, untuk pengetahuan anda semua terutama pelajar uitm segamat ni la kan, pada 18 Ogos 2009 bersamaan rabu malam khamis yang lepas, Annual Grand Meeting RAKAN MUDA telah berjalan dengan lancar.

Alhamdulillah...terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama penasihat RAKAN MUDA kami, kak shikin kerana sudi merasmikan AGM RAKAN MUDA kali ke-4 pada malam tersebut.

Majlis bermula lebih kurang pada pukul 9 malam..bertempat di LT 2..dan sepatutnya, majlis kami dihadiri oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan..namun di saat akhir, mereka memaklumkan kesulitan mereka untuk hadir. Diakui, kami berasa sedikit terkilan dan kecewa, kerana ini merupakan acara yang dinanti para pelajar setiap semester.

Berkenaan kehadiran pula, alhamdulillah memuaskan walaupun kurang kuantiti pelajar yang hadir berbanding semester lepas.
Mungkin faktor cuaca mempengaruhi pelajar untuk hadir, kerana pada malam tersebut hujan turun tanpa disangka. oh ye, kebanyakan pelajar yang menghadirkan diri untuk menjadi ahli dan bersama sama kami pada malam tersebut ialah dari kalangan pelajar part 1...
mereka sgt teruja dan bersungguh. Akhirnya dengan kuantiti yang kurang itu namun dengan kualiti dan kerjasama yang diberikan, AGM menjadi meriah juga.
Dari sekeping hati ikhlas, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pelajar yang hadir memberi sokongan kepada kami.
Jasa anda amat kami hargai..dan jangan lupa untuk terlibat dengan aktiviti kami pada semester ini ok para pelajar uitm segamat sekalian..


n_n


Ha mana boleh ditinggalkan aksi candid para pelajar yang hadir malam AGM itu..
Nah anda lihatlah betapa terujanya mereka dan semua pihak yang terlibat menjayakan AGM kali ini..


Pelajar yang baru hadir, mendaftar nama di meja pendaftaran



Di kanan ini, para exco sabar & bersungguh melayan karenah pelajar. congrats kamu!


dari kiri : Samir (pembaca doa), din ( MC), dan akhir sekali tu sape ye..ha itulah YDP RAKAN MUDA semester ini..tidak lain tidak bukan Muhammad Izzat.



tekun sungguh mereka kan..;)


orang kuat dari kiri : NYDP marelfira, penasihat kami kak shikin dan YDP izzat la siapa lagi.



Samir khusyuk membaca doa. oh ya, tangannya gigil juga huhu ;)
pengalaman pertama..memang macam ini kan.



ucapan dari YDP kami..oh dia sangat teruja sehingga tersasul sasul ;)
walau apa pun, he did good job.



NYDP..marelfira yang sentiasa bersemangat! yeyeh..she did well too.



ha kamu di luar sana, contohi adik yang memakai mask itu.
bahaya H1N1 tidak mengira mangsa
cegah lebih baik dari merawat

n_n



SPECIAL THANKS TO KAK SHIKIN..our advisor..;)


ha macam mana? ok la kan..
oh gambar saya tiada..tidak mengapa
kerja belakang tabir saja, hehe.
kepada semua exco RAKAN MUDA, penasihat kami dan semua yang terlibat..
termasuklah kamu yang hadir pada malam itu..
seikhlas hati diucapkan TERIMA KASIH.
terima kasih juga kepada partner saya AZWAN, kerana bertungkus lumus
dan bersungguh menyiapkan montaj pada malam itu..;)
kesimpulannya, semua yang berusaha...kamu telah melakukan yang terbaik!!
MAAF sekiranya majlis berjalan tidak selancar atau tidak seperti yang anda mahukan
kami akan perbaiki lagi di masa depan insyaALLAH..

sekian TERIMA KASIH

ASSALAMUALAIKUM

n_n

*maaf jika entry ini kurang memuaskan anda..huhu.
gambar juga kurang kualiti kan.
saya cuba buat yang terbaik...jika ada sebarang cadangan dan komen,
silalah kemukan kan..jangan malu jangan segan



Read more...

11 August 2009

welcome all rakan muda's lover!!


salam..To all blogger especially ( rakan muda's member) do support us in terms of providing the new excitement, programme, activities..not only uitm segamat member, but also for those who want involved in this club..Do comment, critics,suggestions any idea that help a lot to make RAKAN MUDA UITM JOHOR become a famous,the best in our society.

LASTLY, JOIN THIS CLUB & YOU WILL
LUV THIS DAMN MUSH!!

Read more...

  ©Template by Dicas Blogger.